Posts Tagged ‘lee seung chul’

Aku dan Hari Ini

January 29, 2010


Rasa pelik dan tidak selesa. Sebelum ni kat blog lama, aku nak publish post pun kena edit patlima kali baru buleh release post. Maklum la, banyak hati perlu dijaga. Terpaksa la aku menjadi hipokrit. Kalu dah jadi bacaan ipar-duai, keluarga serta teman rapat nih memang agak sukar la nak cakap frankly. Kat sini aku lebih bebas nak berkarya. Yippeee!!! Ah, aku asyik cakap pasal benda sama aje 4,5 post nih. Mungkin perkara ini akan berlanjutan untuk 4,5 post lagih. Sila bersabar dengan kerenahku. Hahaha.. Sangat hepi siot. Finally I got my own space to say, to vent, to yell anything under the sun all I want. Harharhar… Tapi bila dah jadi takde batasan nih rasa macam tak selesa pulak. Pulak!

Aku masih lagi dengan kerja melanun yang tak reti nak habis tu. Why ek… Aku rasa connection sangat lembab skang nih. Satu episod mahu sampai 72 hari baru nak siap download. Giler ke haper aku nak tunggu. Selalunya sejam je buleh siap. Ataupun rakyat dah makin ramai tahu melanun? Tak mustahil jugak kan… Kat blog lama aku, aku selalu jugak bagitau pasal aktiviti melanun aku. Tapi selalu lepas tu, bila aku nak akses dah jadi tak boleh. Takkan la ramai giler yang baca blog aku sebelum nih. Tak logik. Menyesal jugak aku kasitau kat orang. Tapi tu lah… Kekadang terasa nak buat charity la konon. Sekali, dengan aku-aku sekali takleh bukak dah lepas tu. Hampeh!

Advertisements