Posts Tagged ‘kim ah joong’

K-Kraze!

January 28, 2010

Aku dah macam kena rasuk nih. Entah cemana nak stopkan diri dari terus menggilai segala bentuk hiburan dari Korea. Drama, movie, lagu, gossips, you just name it! Semua macam masuk lah dengan aku nih. In sangat-sangat! Aku dah siap download IRIS, tengok aje belum. Skang tengah berusaha mendownload citer Cain & Abel, another Korean drama. Saje download bebanyak buat bekal nak balik kg lama kot CNY nih.

Terasa diri agak gedik jugak nak tengok IRIS secara marathon. Tapi aku ada baca komen & reviews pasal citer nih. Jalan citer memang la awesome tapi ending dia tergantung. Nih aku lemah nih. Baru nih aku ada tengok IRIS Special kat KBSW #303 tuh. Ada la tunjuk behind the scenes ngan interview pelakon-pelakon nyer.. Nampak macam menarik, tapi tu la… I hate drama with open ending. Buat kita tertanya-tanya apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila. What la!

Now I’m doing with Cain & Abel. Baca reviews macam ok. 5 star ranked pulak tuh. I’ll try then! So Ji Sub ngan Han Ji Min nampak macam yummy jugak. Macam menarik, macam menarik hehe…

Asalnya, aku dah lama tak tengok drama Korea nih. 2 tahun kebelakangan nih asyik tengok drama bersiri US aje. Prison Break, Chuck, CSIs and Heroes (which I gave up already sebab citer nih makin memeningkan)Bila semua dah abih season hujung tahun lepas, mula la tatau nak tengok citer apa. Tertengok ‘My Woman’ (aka Sea of Ambition) kat TV2 baru nih. (few months back) Tersangkut la pulak tengok mamat yg agak hensem itu.( Ko Joo Won) Haha.. Cair aku! Disebabkan waktu tayangan yang agak tak strategik dan menyebabkan aku selalu miss, aku pun cari la kat internet. Dapat la tengok part yang lompang-lompang tuh. Abih citer My Woman tuh, TV2 sambung citer East of Eden pulak. Hayo,…. macam tau-tau pulak aku mendambakan si Dennis Oh tuh.. Aku pun tengok-tengok ayam la part yang ada scene Dennis tuh. Part dia tak banyak sebab dia pak pacak aje. Dari yang terhegeh-hegehkan Dennis, aku tersangkut pulak kat Song Seung Hun. I’m drooling, head over heels for him! 56 episod pun aku rela redah. Sebelum nih aku prejudis sket kalu citer episod panjang2 nih. Start dari tuh, aku dan drama Korea sudah tidak dapat dipisahkan… What to do?

Aku akan list out semua citer Korea yang pernah aku tengok. Maybe in the next post perhaps. Dulu masa kat Tronoh 3 tahun lepas aku penah list down semua drama korea yang pernah aku tengok. Time tuh dah mencecah 30. Skang nih lebih la lagi. Wah, aku sudah gila!!! Bila dah tengok banyak citer korea nih, aku rasa aku dah makin bijak nak menilai citer mana best, citer mana yang hambar. You can see it. Lagi satu, bila dah tengok banyak nih kita buleh beza saper bercium ikhlas, sape cium memain. Haha… Okay, it’s sounds like I’m a desperate nymph! Ahahaha.. Belasah aje!

Semenjak dah tengok banyak citer Korea nih, aku dah buleh pilih sape hero pujaan aku, semestinya yang handal berlakon la. – Song Seung Hun, Lee Byung Hun, Lee Wan, Daniel Henney, Dennis Oh(walaupun xpandai berlakon sangat lagi), Ko Joo Won, Kim Rae Won, Jae Hee. For heroin, aku suka Han Ji Min, Kim Ah Jung, Jang Na Ra, Uhm Jung Hwa, Kim Tae Hee. Aku tak banyak heroin pujaan sebab aku lebih tumpukan kat hero yang yummy-yummy! Ahahaha…

Okey…Anak sudah terabai… Nanti citer lain la ye!

The end.