Posts Tagged ‘balik kampung’

Will Be Long Gone

February 5, 2010


Esok balik kampung. Kali ni balik seminggu kot. Hubby tinggalkan aku kat sana, next weekend baru balik ambik aku and anak. Huhu.. Dah tua-tua nih rasa makin tak best balik kampung lama-lama. Teringin jugak sesekali time public holiday panjang macam CNY nih nak dok umah berhibernasi aje instead of asyik balik kampung. Takpun, pergi holiday somewhere near the beaches or on top of high lands.. Ah, dekat setahun dah tak holiday! Last time last year, bulan 3 aku sefamili pergi langkawi ikut hubby atas urusan kerja. Wah, merasa la aku makan angin setelah 3 tahun berumahtangga! Itu kali kedua aku pergi Langkawi. First time dulu pergi dengan rombongan sekolah rendah after UPSR. Sure la lain giler Langkawi masa tahun 1993 dengan tahun 2009 tuh. 16 tahun punya cerita.

*sigh… Kalu buleh malas rasanya nak balik esok nih. Kat sana internet connection tak stabil. Terjejas la sumber lanunan aku. Dah la tengah gila urat nak dowload Chuno (The Slave Hunters) skang nih. Nak tapau citer lain dah tak sempat. Pagi esok dah nak bertolak. Internet skang nih very unrealiable. Kejap laju, slownya selalu. Apa dah jadi la I wonder. Ke aku yang bertanggungjawab mengeluarkan baka-baka lanun yang handal? ….. Harapkan ada WISFC dengan IRIS aje stok aku nak bawak balik tengok kat kampung di masa-masa kusamku. Haaaaaa… Boringnyer nak balik lelama nih. Dok umah mak sendiri pun kalu asyik bermalasan ingat tak kena sepak keluar ke.. Ahahaha.. It’s still a possible thing to happen!

Arghhh… Kalu buleh malas nak dok lama-lama! Dah kawin nih rasa macam umah mak tu macam umah orang lain dah sebab kita dah ada umah sendiri. Umah yang kita dah terselesa dah takleh nak diganggu gugat. Betul tak? Paling utama nya aku rasa macam lembab giler nak balik nih sebab aku takleh nak melanun la. Patah kaki la aku kali ni. Hahaha… Kita nanti tengok la cemana. Cekidaut la lepas CNY nih yea…. Bye! Happy holiday to every Malaysian!!!

The end.

Advertisements