Archive for August, 2011

Perangi Kakak Sendiri

August 24, 2011

Setahun lebih tak mengarang kat sini!

Tak pernah lupa kat blog ni. Tapi takde isu nak tulis kat sini. Banyak kali tangan tergeram nak mengarang kat sini tapi kutahan-tahan juga. Kali ni dah tak mampu nak menanggung sakit di hati. Maklum la kalu aku tulis kat blog utama aku tu, confirm ada yang SENTAP.  Tak paham aku penyakit manusia yang satu ini.  Kritik orang sesuka hati dia aje, macam la kita ni takde perasaan dan tak reti nak menjawab balik. Oh kritik orang pandai. Cuba la kalu orang kritik awak tu semula. Tahu pulak sampai berkurung tak keluar bilik merajuk. Geli la aku manusia jenis ini.

Aku ada isu dengan kakak aku sendiri. Aku tak paham. Aku tahu dia seorang yang sangat-sangat supersensitif orangnya. Oleh tu, aku sedaya upaya menjauhkan diri aku dari bercakap kosong dengan dia. Bimbang, takut nanti tersalah cakap, dia juga yang terasa. Banyak kali jugak, dia mengadu pada sepupu aku yang aku telah ‘menghina’ dia. Pada aku, aku tidak sekali-kali memandang rendah padanya. Tak tahu la. Semenjak menjadi anak dara tua ni, semua yang orang katakan menjadi isu pada dia. Sebab perangai dia yang makin menjadi-jadi sentap tuh, aku semakin menjauh. Yes, dia selalu komplen aku sombong, susah nak co-operate dengan dia. Ye, aku fedap. Bagi aku, sesuatu perhubungan itu mesti lah ada give and take. Tapi kalu diri asyik kena hentam aje, takde peluang pun nak backing diri sendiri or, asyik nak kritik orang je, tapi orang takleh sentuh langsung pasal hidup dia, apa ke maknanya tu? Tak ke fedap.

Aku tak suka orang masuk campur hal rumahtangga aku. Orang lain pun ada adik-adik jugak. Concern pasal adik-adik jugak. Tapi jangan la sampai nak tentukan segala serba-serbi pasal rumah tangga orang. Aku tak suka okey. Kadang-kadang antara aku dengan hubby ok je, tapi setelah campur tangan dia, kitorang tak pasal-pasal gaduh. Sangat tak selesa ok. Kakak aku ni memang banyak fantasi sikit pasal perkahwinan. Bagi dia, perkahwinan ni macam fairytale. Which is, khayalan la semata-mata. Bagus tu memang bagus kalu isteri tu patut melebih-lebihkan si suami. Makan pun sampaikan bini nak kena ceduk lauk kasi suami makan. Tapi agak-agak la. Nak samakan aku dengan makcik aku yang kaya raya orang gaji keliling pinggang tu apa kes. Ikut keadaan la. Tak semua orang tu sama. Lagipun yang paling penting, kitorang laki bini selesa dengan cara yang biasa kitorang praktikkan.

Dari kecik sampai ke tua ni, aku tak tahu kenapa dia nak cemburukan aku. Ofkos, kalu tanya dia takkan mengaku. Alasan, dia sayangkan aku. Bosannya! Aku prefer cara kakak ipar dengan adik beradik dia. Ofkos semua kakak akan sayangkan adik beradik dia. Tapi tak perlu la terlalu mencuba. Berpada-pada la. Biar ada boundary. Aku sangat tak suka kalu orang melampaui sempadan yang sepatutnya. Benci la. Semua benda nak kritik aku. Tak pandai jaga suami. Malas masak. Malas jaga anak. Buat mak sendiri macam orang gaji. Apa lagi dia tak cakap kat aku. Semua pun post kat ym, kat fesbuk. Tak puas hati kat aku, post status kat fesbuk. Selalu macam tu la. Ingat aku ni tunggul ke. Ingat aku takde perasaan ke bila baca apa yang dia tulis tu? Cuba lah kalu aku tulis dalam blog utama aku pasal dia, mahunyer meroyan sentapkan aku dalam blog aku sendiri. Macamlah satu donia ni tak tahu dia cemana. Hello, aku diam je tak bermakna aku salah. Sedar tak, kekadang orang berdiam diri sebab malas nak pedulikan ko. Macam tak berbaloi nak bergaduh dengan ko. Sebusuk-busuk hati aku ni, aku tetap ingat jugak segala jasa baik dia kat aku. Tapi itu tak bermakna dia ada imuniti untuk membidas segala keburukan aku. Mind your own business la. Tiap orang ada keburukan masing-masing. Ko sendiri pun bukannya bagus sangat. Perasan bagus ada lah.

Semua orang sayangkan ibu. Ko ingat ko sorang je ke sayang kat mak ko. Tiap orang sayangkan orang lain mengikut cara masing-masing. Cara aku sayangkan mak aku lain. Cara ko pulak lain. Tak payah la nak ajar semua orang cara ko. Semua benda nampak macam ko nak ajar aku. Sedangkan ko sendiri kawin pun belum. Inikan pulak jadi ibu. Please la. Ko tak rasa lagi pengalaman. Jangan la sesedap mulut je nak hentam orang. Serabut la aku dengan ko ni. Kalu ko balik kampung, aku rasa malas nak balik. Ikhlas.  Tengok muka pun aku malas. Kalu ko buat keje, semua macam memberontak. Cemana nak jadi bini orang, menantu orang kalu buat keje camtu? Tolonglah. Serabut aku dengan ko.

Ko post status kat fesbuk pasal aku. Memang hati aku sangat sakit. Tapi aku tak balas pun. Sebab aku takut nanti tulisan aku akan menghiris hati ko. Lagipun aku malu nak biar satu dunia tahu masalah antara ko dengan aku. Nanti ko jugak yang malu bila dunia tahu ko ada isu dengan adik sendiri. Ko sendiri tak malukah? Atau memang ko dah bajet aku takkan balas sumpah seranah ko kat fesbuk sebab aku takut kat ko. Heh. Tolonglah. Aku masih mahu hormatkan ko sebagai kakak. Tapi ko sesedap hati membesarkan kepala bila aku tak balas. Meh aku balas kat sini aje. Kalu aku balas kat situ jugak, nanti spekulasi makin menjadi-jadi hingga memaksa campurtangan dari mak aku. Mak aku ofkos takkan suka. Oh ini lah yang dikatakan sayangkan ibu cara dia ye? Provokasi kat orang, kalu orang sentap, perang makin menggila then memaksa campurtangan orang tua. Bila orang memihak pada aku, makin la dia naik gila. Dari dulu lagi kan dia asyik tak puas hati cemburukan aku.

Get a life. Tak payah la nak susah-susah campurtangan dalam rumahtangga orang. Get yourself a husband first. Oh kalu hal hidup dia, takde sape pun buleh takwil. Hidup dia, biar dia aje yang tentukan. Kalu hidup orang, suka benar nak korek sampai dalam pinggan orang. Bila laki aku ada, galak benar dia. Naik berbulu mata ini melihatnya. Dulu aku takde la hot tebabo sangat dengan dia. Tapi sejak bersalin ni aku makin tertekan dengan kata-kata celupar yang keluar dari mulut dia. Kita ni nak cakap apa pun berhati-hati takut terbuat dia terasa hati. Tapi dia, hui… Macam perasaan orang ni laku 5 sen aje di pasaran. Perasaan dia aje yang nak kena jaga ye. Lagi seribu kali menyampah.

Biasalah kalu bersalin dan dalam pantang, tak buat keje. Kakak aku ni asyik berbulu dengan aku sebab anak sulung asyik merengek itu ini kat mak aku. Kakak aku ni pulak takleh tengok orang ‘menyusahkan’ mak dia. Bising la mulut dia. Free-free cakap aku buat mak aku macam orang gaji. Hello! ko dah beranak ke? Ko tahu ke lepas beranak ni rasa cemana? Memang la nampak aku ni dah buleh bangun, dah buleh berjalan. Salahkah kalu mak aku hidangkan nasik kat luar?  Dah buleh bangun tu jalan pergi dapur sendiri la. Nak kena hidang lauk kat luar. Ingat mama tu oarng gaji ke? Celupar sungguh mulut mu. Aku takde niat pun buat mak macam orang gaji. Sape tergamak? Aku rasa kakak aku ni kena kawin dulu baru dia tahu. Cubalah beranak sorang. I’m sure mak dia pun akan layan dia macam aku jugak. Nak cemburu apa. Adat la. Sebagai mak, mesti la ko akan buat yang terbaik untuk anak kan. Kalu anak ko dalam pantang, I bet korang pun willing to do anything untuk selesakan anak ko tu. Lagipun pompuan dalam pantang ni kena jaga emosi. Sesuka hati je nak smash aku. Dia sendiri belum beranak, nak ajar orang pulak. Sakit lah pompuan ni!

Kita sambung tak puas hati lain kali. Nak bukak posa dulu. Assalamualaikum!

Advertisements