Archive for January, 2010

Aku dan Hari Ini

January 29, 2010


Rasa pelik dan tidak selesa. Sebelum ni kat blog lama, aku nak publish post pun kena edit patlima kali baru buleh release post. Maklum la, banyak hati perlu dijaga. Terpaksa la aku menjadi hipokrit. Kalu dah jadi bacaan ipar-duai, keluarga serta teman rapat nih memang agak sukar la nak cakap frankly. Kat sini aku lebih bebas nak berkarya. Yippeee!!! Ah, aku asyik cakap pasal benda sama aje 4,5 post nih. Mungkin perkara ini akan berlanjutan untuk 4,5 post lagih. Sila bersabar dengan kerenahku. Hahaha.. Sangat hepi siot. Finally I got my own space to say, to vent, to yell anything under the sun all I want. Harharhar… Tapi bila dah jadi takde batasan nih rasa macam tak selesa pulak. Pulak!

Aku masih lagi dengan kerja melanun yang tak reti nak habis tu. Why ek… Aku rasa connection sangat lembab skang nih. Satu episod mahu sampai 72 hari baru nak siap download. Giler ke haper aku nak tunggu. Selalunya sejam je buleh siap. Ataupun rakyat dah makin ramai tahu melanun? Tak mustahil jugak kan… Kat blog lama aku, aku selalu jugak bagitau pasal aktiviti melanun aku. Tapi selalu lepas tu, bila aku nak akses dah jadi tak boleh. Takkan la ramai giler yang baca blog aku sebelum nih. Tak logik. Menyesal jugak aku kasitau kat orang. Tapi tu lah… Kekadang terasa nak buat charity la konon. Sekali, dengan aku-aku sekali takleh bukak dah lepas tu. Hampeh!

K-Kraze!

January 28, 2010

Aku dah macam kena rasuk nih. Entah cemana nak stopkan diri dari terus menggilai segala bentuk hiburan dari Korea. Drama, movie, lagu, gossips, you just name it! Semua macam masuk lah dengan aku nih. In sangat-sangat! Aku dah siap download IRIS, tengok aje belum. Skang tengah berusaha mendownload citer Cain & Abel, another Korean drama. Saje download bebanyak buat bekal nak balik kg lama kot CNY nih.

Terasa diri agak gedik jugak nak tengok IRIS secara marathon. Tapi aku ada baca komen & reviews pasal citer nih. Jalan citer memang la awesome tapi ending dia tergantung. Nih aku lemah nih. Baru nih aku ada tengok IRIS Special kat KBSW #303 tuh. Ada la tunjuk behind the scenes ngan interview pelakon-pelakon nyer.. Nampak macam menarik, tapi tu la… I hate drama with open ending. Buat kita tertanya-tanya apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila. What la!

Now I’m doing with Cain & Abel. Baca reviews macam ok. 5 star ranked pulak tuh. I’ll try then! So Ji Sub ngan Han Ji Min nampak macam yummy jugak. Macam menarik, macam menarik hehe…

Asalnya, aku dah lama tak tengok drama Korea nih. 2 tahun kebelakangan nih asyik tengok drama bersiri US aje. Prison Break, Chuck, CSIs and Heroes (which I gave up already sebab citer nih makin memeningkan)Bila semua dah abih season hujung tahun lepas, mula la tatau nak tengok citer apa. Tertengok ‘My Woman’ (aka Sea of Ambition) kat TV2 baru nih. (few months back) Tersangkut la pulak tengok mamat yg agak hensem itu.( Ko Joo Won) Haha.. Cair aku! Disebabkan waktu tayangan yang agak tak strategik dan menyebabkan aku selalu miss, aku pun cari la kat internet. Dapat la tengok part yang lompang-lompang tuh. Abih citer My Woman tuh, TV2 sambung citer East of Eden pulak. Hayo,…. macam tau-tau pulak aku mendambakan si Dennis Oh tuh.. Aku pun tengok-tengok ayam la part yang ada scene Dennis tuh. Part dia tak banyak sebab dia pak pacak aje. Dari yang terhegeh-hegehkan Dennis, aku tersangkut pulak kat Song Seung Hun. I’m drooling, head over heels for him! 56 episod pun aku rela redah. Sebelum nih aku prejudis sket kalu citer episod panjang2 nih. Start dari tuh, aku dan drama Korea sudah tidak dapat dipisahkan… What to do?

Aku akan list out semua citer Korea yang pernah aku tengok. Maybe in the next post perhaps. Dulu masa kat Tronoh 3 tahun lepas aku penah list down semua drama korea yang pernah aku tengok. Time tuh dah mencecah 30. Skang nih lebih la lagi. Wah, aku sudah gila!!! Bila dah tengok banyak citer korea nih, aku rasa aku dah makin bijak nak menilai citer mana best, citer mana yang hambar. You can see it. Lagi satu, bila dah tengok banyak nih kita buleh beza saper bercium ikhlas, sape cium memain. Haha… Okay, it’s sounds like I’m a desperate nymph! Ahahaha.. Belasah aje!

Semenjak dah tengok banyak citer Korea nih, aku dah buleh pilih sape hero pujaan aku, semestinya yang handal berlakon la. – Song Seung Hun, Lee Byung Hun, Lee Wan, Daniel Henney, Dennis Oh(walaupun xpandai berlakon sangat lagi), Ko Joo Won, Kim Rae Won, Jae Hee. For heroin, aku suka Han Ji Min, Kim Ah Jung, Jang Na Ra, Uhm Jung Hwa, Kim Tae Hee. Aku tak banyak heroin pujaan sebab aku lebih tumpukan kat hero yang yummy-yummy! Ahahaha…

Okey…Anak sudah terabai… Nanti citer lain la ye!

The end.

Cerita Sebuah Blog …Sebelum Ini.

January 27, 2010

gambar aku gugel

Hi.. I am feeling so refresh!!! Thanks to this new ‘home’… Actually it’s not that easy for me to just abandon the previous blog where I used to pour out my happiness, sadness, anger and all those feelings that a normal people usually have. It’s sad to leave the blog. I’m whining over a small thing. Fed up pun ye. Fedap dengan sesetengah gelagat readers yang sangat biadap dan tak tahu nak hormati blog orang. So, I thought I better leave that place. Biar semua tertunggu-tunggu entry terbaru aku! Harharhar… Fuh, giler jahat!

Agak lama jugak aku ambik masa mempertimbangkan idea gila aku nih. WP nih dah lama aku register. Time tuh register time tengah fury. Lupa pulak nak marah sebab apa. Tapi sebab blog lama tuh la. Banyak kali gak aku ala-ala nak lari dari rumah. Haha. Threatening la kononnnya. Tapi bila dah cool, aku back to the blog jugak. Kali nih, memang aku dah nekad nak mula ‘rumah’ baru. Fedap sesangat dah dengan sikap setiap followers. Lagipun, I wanna find some peace here. Kat sana tuh, aku dah takde privacy. Nak menulis ikut suka hati tak buleh dah sebab makin ramai insan-insan yang aku kenali start follow blog aku. Nak melucah pun tak buleh dah. Nak mengumpat lagi la! Ahahaha… Setelah nak-tak nak-nak-tak nak, last-last aku decide nak let go the previous blog. Biar aku mula hidup baru kat sini, where nobody knows me. I wanna start from scratch balik. (memang scratching pun nak mula kat sini dengan segala function yang aku tak reti dan serba baru bagi a newbie macam aku nih, menaip pun macam pakai kaki)Semuanya mengingatkan aku masa mula-mula aku register blog lama aku dulu. Aku start from zero. Memang tatau apa pun. Day by day aku belajar guna every buttons and functions.. Lama-lama, pejam mata pun buleh update blog. Giler tipu!

Mula-mula aku start blog tu hanya untuk berkomunikasi dengan kawan lama aku yang sama status dengan aku. It’s a happy moments between us. But soon after that more people get to know about me from day to day. At first, aku rasa seronok la sebab makin ramai connections. Mostly teman-teman persekolahan dulu-dulu. It’s some sort of Jejak Kasih! Tak kisah la. Kawan-kawan! Tapi entah cemana my in laws dapat tahu pasal blog aku. Then it’s spread to my family pulak. Aiseh… It’s not that tak seronok kalau family attached nih. Tapi at some things, some parts, akan rasa tak selesa sebab diorang membaca penulisan kita. Sometimes kita nak tulis pasal diorang, pasal our puppy loves, our sins, or pasal of our secrets. Tapi what if the person who read the blog turn out to be our mother? Hoho…. It’s a worst case scenario I must tell. Tak seronok la kan… Kadang-kadang kita just nak seronok tulis balik semua tu untuk kenangan diri sendiri. Tapi bagi yang dah kawin tu ofkos kena ambik kira faktor hati-hati yang perlu dijaga. So, I guess it’s good to start anew here.

Aku tak kisah kalau ramai yang nak baca hasil tulisan aku kat sini. I love to share. Tapi kali nih aku nak remain behind the shadow without anyone knows who I really am. Play safe now. Aku nak start hidup baru, dan aku nak cabar diri aku sendiri untuk bermula dari kosong semula. (bil pengikut, entries etc) Kalau ada pengikut, alhamdulillah. Takde pun takpe.  Sebab tujuan asal aku just nak venting kat sini aje. No hard feelings. Sebab aku pun tak kenal orang kat sini.

Ofisku udah memanggil-manggil. I’ll write more later.

The end.

New Hi, New Home

January 26, 2010

Hi… This is my first post at my new home. I’m still a newbie with the wordpress so please forgive me. So my hi goes to anybody who reads this post. (if any! ;p) I welcome anybody to read this blog. Oh… I’m numb! I’ve got so many things to vent here before. I wonder where did all my anger go. Yes, this blog is like a diary where all my feelings will be kept. I hope my writings will give others a good thought or view about my life, your life or our life. I guess it’s enough for the first timer like me now. Till then.