Perangi Kakak Sendiri

August 24, 2011

Setahun lebih tak mengarang kat sini!

Tak pernah lupa kat blog ni. Tapi takde isu nak tulis kat sini. Banyak kali tangan tergeram nak mengarang kat sini tapi kutahan-tahan juga. Kali ni dah tak mampu nak menanggung sakit di hati. Maklum la kalu aku tulis kat blog utama aku tu, confirm ada yang SENTAP.  Tak paham aku penyakit manusia yang satu ini.  Kritik orang sesuka hati dia aje, macam la kita ni takde perasaan dan tak reti nak menjawab balik. Oh kritik orang pandai. Cuba la kalu orang kritik awak tu semula. Tahu pulak sampai berkurung tak keluar bilik merajuk. Geli la aku manusia jenis ini.

Aku ada isu dengan kakak aku sendiri. Aku tak paham. Aku tahu dia seorang yang sangat-sangat supersensitif orangnya. Oleh tu, aku sedaya upaya menjauhkan diri aku dari bercakap kosong dengan dia. Bimbang, takut nanti tersalah cakap, dia juga yang terasa. Banyak kali jugak, dia mengadu pada sepupu aku yang aku telah ‘menghina’ dia. Pada aku, aku tidak sekali-kali memandang rendah padanya. Tak tahu la. Semenjak menjadi anak dara tua ni, semua yang orang katakan menjadi isu pada dia. Sebab perangai dia yang makin menjadi-jadi sentap tuh, aku semakin menjauh. Yes, dia selalu komplen aku sombong, susah nak co-operate dengan dia. Ye, aku fedap. Bagi aku, sesuatu perhubungan itu mesti lah ada give and take. Tapi kalu diri asyik kena hentam aje, takde peluang pun nak backing diri sendiri or, asyik nak kritik orang je, tapi orang takleh sentuh langsung pasal hidup dia, apa ke maknanya tu? Tak ke fedap.

Aku tak suka orang masuk campur hal rumahtangga aku. Orang lain pun ada adik-adik jugak. Concern pasal adik-adik jugak. Tapi jangan la sampai nak tentukan segala serba-serbi pasal rumah tangga orang. Aku tak suka okey. Kadang-kadang antara aku dengan hubby ok je, tapi setelah campur tangan dia, kitorang tak pasal-pasal gaduh. Sangat tak selesa ok. Kakak aku ni memang banyak fantasi sikit pasal perkahwinan. Bagi dia, perkahwinan ni macam fairytale. Which is, khayalan la semata-mata. Bagus tu memang bagus kalu isteri tu patut melebih-lebihkan si suami. Makan pun sampaikan bini nak kena ceduk lauk kasi suami makan. Tapi agak-agak la. Nak samakan aku dengan makcik aku yang kaya raya orang gaji keliling pinggang tu apa kes. Ikut keadaan la. Tak semua orang tu sama. Lagipun yang paling penting, kitorang laki bini selesa dengan cara yang biasa kitorang praktikkan.

Dari kecik sampai ke tua ni, aku tak tahu kenapa dia nak cemburukan aku. Ofkos, kalu tanya dia takkan mengaku. Alasan, dia sayangkan aku. Bosannya! Aku prefer cara kakak ipar dengan adik beradik dia. Ofkos semua kakak akan sayangkan adik beradik dia. Tapi tak perlu la terlalu mencuba. Berpada-pada la. Biar ada boundary. Aku sangat tak suka kalu orang melampaui sempadan yang sepatutnya. Benci la. Semua benda nak kritik aku. Tak pandai jaga suami. Malas masak. Malas jaga anak. Buat mak sendiri macam orang gaji. Apa lagi dia tak cakap kat aku. Semua pun post kat ym, kat fesbuk. Tak puas hati kat aku, post status kat fesbuk. Selalu macam tu la. Ingat aku ni tunggul ke. Ingat aku takde perasaan ke bila baca apa yang dia tulis tu? Cuba lah kalu aku tulis dalam blog utama aku pasal dia, mahunyer meroyan sentapkan aku dalam blog aku sendiri. Macamlah satu donia ni tak tahu dia cemana. Hello, aku diam je tak bermakna aku salah. Sedar tak, kekadang orang berdiam diri sebab malas nak pedulikan ko. Macam tak berbaloi nak bergaduh dengan ko. Sebusuk-busuk hati aku ni, aku tetap ingat jugak segala jasa baik dia kat aku. Tapi itu tak bermakna dia ada imuniti untuk membidas segala keburukan aku. Mind your own business la. Tiap orang ada keburukan masing-masing. Ko sendiri pun bukannya bagus sangat. Perasan bagus ada lah.

Semua orang sayangkan ibu. Ko ingat ko sorang je ke sayang kat mak ko. Tiap orang sayangkan orang lain mengikut cara masing-masing. Cara aku sayangkan mak aku lain. Cara ko pulak lain. Tak payah la nak ajar semua orang cara ko. Semua benda nampak macam ko nak ajar aku. Sedangkan ko sendiri kawin pun belum. Inikan pulak jadi ibu. Please la. Ko tak rasa lagi pengalaman. Jangan la sesedap mulut je nak hentam orang. Serabut la aku dengan ko ni. Kalu ko balik kampung, aku rasa malas nak balik. Ikhlas.  Tengok muka pun aku malas. Kalu ko buat keje, semua macam memberontak. Cemana nak jadi bini orang, menantu orang kalu buat keje camtu? Tolonglah. Serabut aku dengan ko.

Ko post status kat fesbuk pasal aku. Memang hati aku sangat sakit. Tapi aku tak balas pun. Sebab aku takut nanti tulisan aku akan menghiris hati ko. Lagipun aku malu nak biar satu dunia tahu masalah antara ko dengan aku. Nanti ko jugak yang malu bila dunia tahu ko ada isu dengan adik sendiri. Ko sendiri tak malukah? Atau memang ko dah bajet aku takkan balas sumpah seranah ko kat fesbuk sebab aku takut kat ko. Heh. Tolonglah. Aku masih mahu hormatkan ko sebagai kakak. Tapi ko sesedap hati membesarkan kepala bila aku tak balas. Meh aku balas kat sini aje. Kalu aku balas kat situ jugak, nanti spekulasi makin menjadi-jadi hingga memaksa campurtangan dari mak aku. Mak aku ofkos takkan suka. Oh ini lah yang dikatakan sayangkan ibu cara dia ye? Provokasi kat orang, kalu orang sentap, perang makin menggila then memaksa campurtangan orang tua. Bila orang memihak pada aku, makin la dia naik gila. Dari dulu lagi kan dia asyik tak puas hati cemburukan aku.

Get a life. Tak payah la nak susah-susah campurtangan dalam rumahtangga orang. Get yourself a husband first. Oh kalu hal hidup dia, takde sape pun buleh takwil. Hidup dia, biar dia aje yang tentukan. Kalu hidup orang, suka benar nak korek sampai dalam pinggan orang. Bila laki aku ada, galak benar dia. Naik berbulu mata ini melihatnya. Dulu aku takde la hot tebabo sangat dengan dia. Tapi sejak bersalin ni aku makin tertekan dengan kata-kata celupar yang keluar dari mulut dia. Kita ni nak cakap apa pun berhati-hati takut terbuat dia terasa hati. Tapi dia, hui… Macam perasaan orang ni laku 5 sen aje di pasaran. Perasaan dia aje yang nak kena jaga ye. Lagi seribu kali menyampah.

Biasalah kalu bersalin dan dalam pantang, tak buat keje. Kakak aku ni asyik berbulu dengan aku sebab anak sulung asyik merengek itu ini kat mak aku. Kakak aku ni pulak takleh tengok orang ‘menyusahkan’ mak dia. Bising la mulut dia. Free-free cakap aku buat mak aku macam orang gaji. Hello! ko dah beranak ke? Ko tahu ke lepas beranak ni rasa cemana? Memang la nampak aku ni dah buleh bangun, dah buleh berjalan. Salahkah kalu mak aku hidangkan nasik kat luar?  Dah buleh bangun tu jalan pergi dapur sendiri la. Nak kena hidang lauk kat luar. Ingat mama tu oarng gaji ke? Celupar sungguh mulut mu. Aku takde niat pun buat mak macam orang gaji. Sape tergamak? Aku rasa kakak aku ni kena kawin dulu baru dia tahu. Cubalah beranak sorang. I’m sure mak dia pun akan layan dia macam aku jugak. Nak cemburu apa. Adat la. Sebagai mak, mesti la ko akan buat yang terbaik untuk anak kan. Kalu anak ko dalam pantang, I bet korang pun willing to do anything untuk selesakan anak ko tu. Lagipun pompuan dalam pantang ni kena jaga emosi. Sesuka hati je nak smash aku. Dia sendiri belum beranak, nak ajar orang pulak. Sakit lah pompuan ni!

Kita sambung tak puas hati lain kali. Nak bukak posa dulu. Assalamualaikum!

Sangat Terhina!!!

March 22, 2010

Oh… Hatiku pecah berderai pagi ini. Semua gara-gara suamiku membuat keputusan tergesa-gesa membeli rumah. 2 hari lepas bayar deposit seribu, masing-masing senyap. Aku dah cakap segala yang aku tak suka dengan tempat tu. It’s inconvenient! What stupid moron would buy a house in such a place? Dua hari dia ‘tipu’ aku. Mati-mati aku ingat dia mempertimbangkan segala pendapat aku. Tup-tup tadi aku dapat tahu dia dah on the way nak pegi bayar another 5k. WTF?????

Aku rasa sangat terhina sebagai isteri. Mentang-mentang aku ni tiada pekerjaan, maka segala pandangan aku ditolak mentah-mentah. Segala keputusan dibuat sebulat-bulatnya tanpa berbincang panjang suami-isteri. Sedih. Tersangat sedih. Aku tak tahu lagi nak cakap macam mana. Aku terus call dia setelah dapat tahu dia dah nak pegi bayar tuh. Bila aku call, dia jawab nak tak nak je. Bila aku cakap, tak payah la dan biar la burn seribu tuh, dia terus cut short perbualan kitorg dan terus hang up. Ake menangis! He is about to make the silliest, biggest stupidest mistake ever. *sigh… Apalah yang dia nampak dengan rumah tu. Aku tak nampak apa-apa kelebihan pun. Ya Allah, bukakanlah pintu hati suamiku untuk mempertimbangkan segala pendapat aku. Ubahlah keputusan suamiku itu. Aku tak dapat menahan diri dari terus melihat suamiku terus-terusan ‘membunuh’ diri sendiri. This is not the right thing. He’s wrong about the house. Ya Allah!!!!!

Aku menangis, menangis,  menangis. Sedih sebagai isteri, sebagai bakal pemindah. Aku tak rela nak tinggal di sana! Sedih! Dia buleh share dengan orang lain. Kenapa tak buleh nak bincang dengan aku. Dengan orang lain dia buleh dengan penuh bangga kata umah yang dia nak beli tuh luas, begitu dan begini. Tak nampak ke apa yang aku rasa?

Apa nak buat dengan rumah tu nanti. Nak jual, ada ke orang nak beli? Nak bagi sewa, berapa sen je nak bagi. Kat kampung tuh bukan buleh letak mahal-mahal. Uuuurrrrrrgghhhhh…. Aku hilang akal seketika. Nak masak terus mati akal. Terhina, lebih-lebih lagi jika dari si suami yang buat aku rasa camtu. Aku harap sangat aku berjaya menghalang dia dari buat tindakan bodoh. Please Allah, help me.

At some point, aku rasa  macam nak curse aje expo hartanah ari tu. Truth, kalu kat iklan awal-awal taruk lokasi tu kat Kepala Batas, aku rasa awal-awal lagi laki aku rijek. Takkan semata-mata kerana sayangkan seribu tuh sanggup nak perjudikan 239k lagi? Wake up la suamiku!!!

Apa lagi yang buleh aku buat? Aku tak rela semua ini. Aku sangat terhina dia tak bagitau aku sendiri. Kenapa mesti buat senyap-senyap. Kenapa tak pergi semalam. Kenapa perlu sneak out masa keje? Kenapa tak terus-terang dengan aku. I’m furious of course! Rasa terbakar hati. Rasa sangat tidak dipercayai dan mempercayai lagi. I hate him!!!!

Pulak tuh, nak bayar deposit tuh pakai duit aku. Tapi belinya tempat yang I’m totally against it. Layakkah?!

Will Be Long Gone

February 5, 2010


Esok balik kampung. Kali ni balik seminggu kot. Hubby tinggalkan aku kat sana, next weekend baru balik ambik aku and anak. Huhu.. Dah tua-tua nih rasa makin tak best balik kampung lama-lama. Teringin jugak sesekali time public holiday panjang macam CNY nih nak dok umah berhibernasi aje instead of asyik balik kampung. Takpun, pergi holiday somewhere near the beaches or on top of high lands.. Ah, dekat setahun dah tak holiday! Last time last year, bulan 3 aku sefamili pergi langkawi ikut hubby atas urusan kerja. Wah, merasa la aku makan angin setelah 3 tahun berumahtangga! Itu kali kedua aku pergi Langkawi. First time dulu pergi dengan rombongan sekolah rendah after UPSR. Sure la lain giler Langkawi masa tahun 1993 dengan tahun 2009 tuh. 16 tahun punya cerita.

*sigh… Kalu buleh malas rasanya nak balik esok nih. Kat sana internet connection tak stabil. Terjejas la sumber lanunan aku. Dah la tengah gila urat nak dowload Chuno (The Slave Hunters) skang nih. Nak tapau citer lain dah tak sempat. Pagi esok dah nak bertolak. Internet skang nih very unrealiable. Kejap laju, slownya selalu. Apa dah jadi la I wonder. Ke aku yang bertanggungjawab mengeluarkan baka-baka lanun yang handal? ….. Harapkan ada WISFC dengan IRIS aje stok aku nak bawak balik tengok kat kampung di masa-masa kusamku. Haaaaaa… Boringnyer nak balik lelama nih. Dok umah mak sendiri pun kalu asyik bermalasan ingat tak kena sepak keluar ke.. Ahahaha.. It’s still a possible thing to happen!

Arghhh… Kalu buleh malas nak dok lama-lama! Dah kawin nih rasa macam umah mak tu macam umah orang lain dah sebab kita dah ada umah sendiri. Umah yang kita dah terselesa dah takleh nak diganggu gugat. Betul tak? Paling utama nya aku rasa macam lembab giler nak balik nih sebab aku takleh nak melanun la. Patah kaki la aku kali ni. Hahaha… Kita nanti tengok la cemana. Cekidaut la lepas CNY nih yea…. Bye! Happy holiday to every Malaysian!!!

The end.

A-Stressfull-Week Story

February 4, 2010


Ola… Like entitled above, it’s a stressfull week for me. Last weekend hubby ada kursus kat Kepala Batas for 3 days. Huh, sepanjang ketiadaan beliau, (walaupun beliau balik tido kat umah lepas kursus) aku rasa macam nak gila! Trust me! Help… A psichiatrist is in greatly needed. Tak tertanggung rasanya  perasaan tertekan aku nih. Living with an unspeakable child is really challenging. Aku perasan semenjak dua menjak nih tiap kali keluar, kalu anak aku ‘bercakap’, aku jadi malu pada orang. It’s true. It’s a shameful thing if people heard his babblings. Kalu tengok, saiz dia macam budak lain yang dah buleh cakap, tapi still babblings. God, when can he talk appropriately?

Baru 3 hari hubby kursus aku dah nak gila mengasuh anak. What la.  Last Monday, anak aku tumpahkan air time aku sibuk prepare for dinner. Time orang busy, dia pun mula la nak draws everyone’s attention. Aku tak tahu how am i suppose to act. Rasa terbakar hati. Geram yang teramat. Aku penat. Walaupun aku tak penat physically. Rasa fedap sesangat. Rasa macam nak lari tinggalkan semua nih. Bosan yang amat. Rasa nak berjemur kat Pulau Bora-Bora sorang diri. Kalau lah duit aku sebanyak itu! Last-last aku naik angin macam kena rasuk. Masuk hantu ke apa aku pun tak perasan. Mula-mula nak ignore aje air mata kucing yang tumpah bergenang atas lantai tuh. Pastu si anak ni pulak naik seronok main air sampai basah seluar. How I hate seeing my son getting dirty and wet! Terus aku ambik water scraper tuh. Aku hempas-hempas buat keje macam mengamuk. Tak tahu nak marahkan sape. Hubby penat balik keje, dia malas la nak pedulikan anak. Aku paham tu. Tapi ahh.. Aku pun penat jugak berhadapan dengan dia sepanjang hari dengan macam-macam pe’el perangai. Cubalah duduk 24 jam selama few days dengan seorang budak kecik. I bet he never been left with our son even for only 12 hours! He doesn’t know how I’ve been tortured bit by bit daily. Aku naik minyak hari tu. Nak marah kat hubby tak buleh. Sebab dia penat balik keje. Nak marah kat anak, lagi la tak buleh. Buang karan je membebel, dia bukannya faham. Arghhhhh!!!!! Rasa diri sangat fedap! I need a day with SPA session!

Lepas aku lepas perasaan tadi, hubby pulak membebel. Thankfully, I didn’t hear it properly sebab time tu aku kat sink tengah basuh pinggan. Mana  dengar dia cakap apa. Tapi dari tone intonasi tuh macam menyuarakan tak puas hati sebab kononnya aku sorang je yang penat. Agaknya la! Ah, lantak la. Aku kena lepas jugak sekali-sekala. Kalu tak, mampus aku meletup sorang-sorang. Aku nih, mana ada tempat nak luah perasaan. Kalu aku curah kat blog, dia marah. Kata aku dok canang hal rumahtangga kat orang. But how? Aku nih nak bergaul pun payah dengan adanya budak sorang nih. Rimas tau! I don’t have friends that can bring me out to do some girl’s things with. I missed going out with my lady friends. I missed all the private times to be alone. I don’t have them now. 24hours asyik ngadap anak dengan laki aje. Fedap jugak. Teringin jugak nak cari keje. Tapi fikir-fikir balik, kalu aku keje pun, aku jugak yang ‘rugi’. Keje makin bertambah baik di rumah mahupun kat ofis. Balik umah, keje umah pulak aku kena buat. Hubby? I doubt that he’s going to be helpful enough. Sekarang ni pun asyik ambik kesempatan terhadap aku si penunggu rumah ni aje. Kalu tengok family history dia, memang tak merasa la aku nakkan seorang hubby yang very helpful at home. Period.

Dalam dok berpanas-panas hati tuh, anak tido awal. Jadi tak tau nak cakap apa dengan dia. Aku senyap je la. Lagipun I’m still hurt at heart. Sakit ati yang tak tahu sebenarnya kat sape. Dalam dok sakit-sakit ati tuh, tetiba hubby datang kat aku hulur tangan bersalam seraya berkata,” I nak mintak maaf kat you kalau I buat you sakit hati.” Huh?! Aku terpinga-pinga for seconds. Terus hati jadi cair. Rasa macam tak percaya apa yang baru berlaku. Macam babak dalam drama korea yang aku dok follow skang ni. Terus aku peluk dia, mintak maaf dan cium tangan dia. Tu lah. Hati perempuan. Nak marah berapi-api pun sekali laki kasi ayat power terus cair meleleh!

I don’t know why… But I’m curious. Semenjak balik dari kursus aritu hubby is a bit strange. Balik penat-penat pun lepas makan nasik, pinggan dia basuh sendiri. Dah lama dah dia tak basuh pinggan sendiri. Maghrib dia mandikan anak. Buat susu anak. Taruk ubat anak. Hurrrmmm… Banyak kali gak aku terfikir dia berbini lain. Tapi sikitpun aku tak marah. Aku rasa aku redha kot kalu betul dia berbini lain. At this point, rasa nak suruh dia berbini lain je. Malas nak melayan. Haha. Gila ke apa. Cakap buleh la sebab benda tak jadi lagi. Sekali jadi betul-betul, keluar air mata darah pun tak guna. Dalam citer Sorry I love You yang tengah aku follow skang ni, ada cakap, we never realized it untill we lost it. Yup, it’s true I guess. Banyak kali jugak aku terfikir pasal bermadu nih. Entah… Harapnya tuh takde la. Tapi lelaki nih kita takleh nak baca hati dia. Makin tua makin dia tak cukup kasih sayang. Suka hati la. Malas nak pikir. Kalu dah tertulis takdir hidup aku kena bermadu, aku kena hadapi jugak. Kalu tak tahan, aku undur diri aje. Ah… Bulla, bulla.. Sincha bulla.

The end.

Aku dan Hari Ini

January 29, 2010


Rasa pelik dan tidak selesa. Sebelum ni kat blog lama, aku nak publish post pun kena edit patlima kali baru buleh release post. Maklum la, banyak hati perlu dijaga. Terpaksa la aku menjadi hipokrit. Kalu dah jadi bacaan ipar-duai, keluarga serta teman rapat nih memang agak sukar la nak cakap frankly. Kat sini aku lebih bebas nak berkarya. Yippeee!!! Ah, aku asyik cakap pasal benda sama aje 4,5 post nih. Mungkin perkara ini akan berlanjutan untuk 4,5 post lagih. Sila bersabar dengan kerenahku. Hahaha.. Sangat hepi siot. Finally I got my own space to say, to vent, to yell anything under the sun all I want. Harharhar… Tapi bila dah jadi takde batasan nih rasa macam tak selesa pulak. Pulak!

Aku masih lagi dengan kerja melanun yang tak reti nak habis tu. Why ek… Aku rasa connection sangat lembab skang nih. Satu episod mahu sampai 72 hari baru nak siap download. Giler ke haper aku nak tunggu. Selalunya sejam je buleh siap. Ataupun rakyat dah makin ramai tahu melanun? Tak mustahil jugak kan… Kat blog lama aku, aku selalu jugak bagitau pasal aktiviti melanun aku. Tapi selalu lepas tu, bila aku nak akses dah jadi tak boleh. Takkan la ramai giler yang baca blog aku sebelum nih. Tak logik. Menyesal jugak aku kasitau kat orang. Tapi tu lah… Kekadang terasa nak buat charity la konon. Sekali, dengan aku-aku sekali takleh bukak dah lepas tu. Hampeh!

K-Kraze!

January 28, 2010

Aku dah macam kena rasuk nih. Entah cemana nak stopkan diri dari terus menggilai segala bentuk hiburan dari Korea. Drama, movie, lagu, gossips, you just name it! Semua macam masuk lah dengan aku nih. In sangat-sangat! Aku dah siap download IRIS, tengok aje belum. Skang tengah berusaha mendownload citer Cain & Abel, another Korean drama. Saje download bebanyak buat bekal nak balik kg lama kot CNY nih.

Terasa diri agak gedik jugak nak tengok IRIS secara marathon. Tapi aku ada baca komen & reviews pasal citer nih. Jalan citer memang la awesome tapi ending dia tergantung. Nih aku lemah nih. Baru nih aku ada tengok IRIS Special kat KBSW #303 tuh. Ada la tunjuk behind the scenes ngan interview pelakon-pelakon nyer.. Nampak macam menarik, tapi tu la… I hate drama with open ending. Buat kita tertanya-tanya apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila. What la!

Now I’m doing with Cain & Abel. Baca reviews macam ok. 5 star ranked pulak tuh. I’ll try then! So Ji Sub ngan Han Ji Min nampak macam yummy jugak. Macam menarik, macam menarik hehe…

Asalnya, aku dah lama tak tengok drama Korea nih. 2 tahun kebelakangan nih asyik tengok drama bersiri US aje. Prison Break, Chuck, CSIs and Heroes (which I gave up already sebab citer nih makin memeningkan)Bila semua dah abih season hujung tahun lepas, mula la tatau nak tengok citer apa. Tertengok ‘My Woman’ (aka Sea of Ambition) kat TV2 baru nih. (few months back) Tersangkut la pulak tengok mamat yg agak hensem itu.( Ko Joo Won) Haha.. Cair aku! Disebabkan waktu tayangan yang agak tak strategik dan menyebabkan aku selalu miss, aku pun cari la kat internet. Dapat la tengok part yang lompang-lompang tuh. Abih citer My Woman tuh, TV2 sambung citer East of Eden pulak. Hayo,…. macam tau-tau pulak aku mendambakan si Dennis Oh tuh.. Aku pun tengok-tengok ayam la part yang ada scene Dennis tuh. Part dia tak banyak sebab dia pak pacak aje. Dari yang terhegeh-hegehkan Dennis, aku tersangkut pulak kat Song Seung Hun. I’m drooling, head over heels for him! 56 episod pun aku rela redah. Sebelum nih aku prejudis sket kalu citer episod panjang2 nih. Start dari tuh, aku dan drama Korea sudah tidak dapat dipisahkan… What to do?

Aku akan list out semua citer Korea yang pernah aku tengok. Maybe in the next post perhaps. Dulu masa kat Tronoh 3 tahun lepas aku penah list down semua drama korea yang pernah aku tengok. Time tuh dah mencecah 30. Skang nih lebih la lagi. Wah, aku sudah gila!!! Bila dah tengok banyak citer korea nih, aku rasa aku dah makin bijak nak menilai citer mana best, citer mana yang hambar. You can see it. Lagi satu, bila dah tengok banyak nih kita buleh beza saper bercium ikhlas, sape cium memain. Haha… Okay, it’s sounds like I’m a desperate nymph! Ahahaha.. Belasah aje!

Semenjak dah tengok banyak citer Korea nih, aku dah buleh pilih sape hero pujaan aku, semestinya yang handal berlakon la. – Song Seung Hun, Lee Byung Hun, Lee Wan, Daniel Henney, Dennis Oh(walaupun xpandai berlakon sangat lagi), Ko Joo Won, Kim Rae Won, Jae Hee. For heroin, aku suka Han Ji Min, Kim Ah Jung, Jang Na Ra, Uhm Jung Hwa, Kim Tae Hee. Aku tak banyak heroin pujaan sebab aku lebih tumpukan kat hero yang yummy-yummy! Ahahaha…

Okey…Anak sudah terabai… Nanti citer lain la ye!

The end.

Cerita Sebuah Blog …Sebelum Ini.

January 27, 2010

gambar aku gugel

Hi.. I am feeling so refresh!!! Thanks to this new ‘home’… Actually it’s not that easy for me to just abandon the previous blog where I used to pour out my happiness, sadness, anger and all those feelings that a normal people usually have. It’s sad to leave the blog. I’m whining over a small thing. Fed up pun ye. Fedap dengan sesetengah gelagat readers yang sangat biadap dan tak tahu nak hormati blog orang. So, I thought I better leave that place. Biar semua tertunggu-tunggu entry terbaru aku! Harharhar… Fuh, giler jahat!

Agak lama jugak aku ambik masa mempertimbangkan idea gila aku nih. WP nih dah lama aku register. Time tuh register time tengah fury. Lupa pulak nak marah sebab apa. Tapi sebab blog lama tuh la. Banyak kali gak aku ala-ala nak lari dari rumah. Haha. Threatening la kononnnya. Tapi bila dah cool, aku back to the blog jugak. Kali nih, memang aku dah nekad nak mula ‘rumah’ baru. Fedap sesangat dah dengan sikap setiap followers. Lagipun, I wanna find some peace here. Kat sana tuh, aku dah takde privacy. Nak menulis ikut suka hati tak buleh dah sebab makin ramai insan-insan yang aku kenali start follow blog aku. Nak melucah pun tak buleh dah. Nak mengumpat lagi la! Ahahaha… Setelah nak-tak nak-nak-tak nak, last-last aku decide nak let go the previous blog. Biar aku mula hidup baru kat sini, where nobody knows me. I wanna start from scratch balik. (memang scratching pun nak mula kat sini dengan segala function yang aku tak reti dan serba baru bagi a newbie macam aku nih, menaip pun macam pakai kaki)Semuanya mengingatkan aku masa mula-mula aku register blog lama aku dulu. Aku start from zero. Memang tatau apa pun. Day by day aku belajar guna every buttons and functions.. Lama-lama, pejam mata pun buleh update blog. Giler tipu!

Mula-mula aku start blog tu hanya untuk berkomunikasi dengan kawan lama aku yang sama status dengan aku. It’s a happy moments between us. But soon after that more people get to know about me from day to day. At first, aku rasa seronok la sebab makin ramai connections. Mostly teman-teman persekolahan dulu-dulu. It’s some sort of Jejak Kasih! Tak kisah la. Kawan-kawan! Tapi entah cemana my in laws dapat tahu pasal blog aku. Then it’s spread to my family pulak. Aiseh… It’s not that tak seronok kalau family attached nih. Tapi at some things, some parts, akan rasa tak selesa sebab diorang membaca penulisan kita. Sometimes kita nak tulis pasal diorang, pasal our puppy loves, our sins, or pasal of our secrets. Tapi what if the person who read the blog turn out to be our mother? Hoho…. It’s a worst case scenario I must tell. Tak seronok la kan… Kadang-kadang kita just nak seronok tulis balik semua tu untuk kenangan diri sendiri. Tapi bagi yang dah kawin tu ofkos kena ambik kira faktor hati-hati yang perlu dijaga. So, I guess it’s good to start anew here.

Aku tak kisah kalau ramai yang nak baca hasil tulisan aku kat sini. I love to share. Tapi kali nih aku nak remain behind the shadow without anyone knows who I really am. Play safe now. Aku nak start hidup baru, dan aku nak cabar diri aku sendiri untuk bermula dari kosong semula. (bil pengikut, entries etc) Kalau ada pengikut, alhamdulillah. Takde pun takpe.  Sebab tujuan asal aku just nak venting kat sini aje. No hard feelings. Sebab aku pun tak kenal orang kat sini.

Ofisku udah memanggil-manggil. I’ll write more later.

The end.

New Hi, New Home

January 26, 2010

Hi… This is my first post at my new home. I’m still a newbie with the wordpress so please forgive me. So my hi goes to anybody who reads this post. (if any! ;p) I welcome anybody to read this blog. Oh… I’m numb! I’ve got so many things to vent here before. I wonder where did all my anger go. Yes, this blog is like a diary where all my feelings will be kept. I hope my writings will give others a good thought or view about my life, your life or our life. I guess it’s enough for the first timer like me now. Till then.

Hello world!

October 7, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!